Urut
Urut ialah menekan atau mengosok bahagian
urat saraf badan bertujuan untuk melancarkan atau membetulkan perjalanan darah
dan memecahkan angin atau lemak yang menyebabkan kesakitan atau ketidak
selesaan pergerakan badan seseorang.
Urut mempunai berbagai-bagai cara dan teknik yang tersendiri. Antaranya teknik urut kampong, Uraut
Thai, …..
Urut boleh dibelajar dengan pakar-pakar
urut yang berpengalaman atau bertauliah.
Sesetengah berpendapat urut boleh dipelajari secara kebetulan sama ada
dalam mimpi atau diwarisi dari sesebuah keturunan seperti bapak kepada anak
atau datuk kepada cucu.
Urut Refleki (Refleksiologi)
Menakan atau mengosok titik-titik safah
yang berada di bahagian kaki sama ada mengunakan tangan atau kayu dan tanduk
yang bulat.
Sejarah Urut
Tiada sesuatu bukti yang tepat mengenai
asal usul urut bermula. Tetapi sejak
beratus tahun dahulu urut telah menjadi sebahagian aktiviti masa lapang
masyarakat kita. Pada masa dahulu
masyarakat percaya urut dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang berkaitan
dengan urat saraf dan angan seperti terseliuh, patah, orang yang lepas
bersalin, orang yang susah mengandung, masalah kelakian, angin pasang, kembung
perut dan berbagai-bagai lagi.
Pilih Tempat Urut Yang Betul
Semakin hari semakin banyak kita lihat
tempat urut yang tumbuh bagaikan cendawan.
Dulu kita kena pergi dikampung untuk mendapat perkhidmatan urut yang
terpaksa melalui perjalanan yang jauh kadang-kadang sesat kerana alamat yang
kurang tepat dan sudah sampai kena tungu pula kerana ramai pesakit yang
datang. Di zaman sekarang berlainan
pula, di kampong tukang urut dah semakin berkurangan dan ramai yang datang
kebandar untuk mendapat perkhidmatan urut.
Sekarang berbagai-bagai tempat urut ada yang di tepi-tepi jalan dan
kedai-kedai yang bertaraf pusat spar yang mewah. Tetapi kita kena berhati-hati ada setengah
tempat menawarkan perkhidmatan pelacuran yang berselindung atas nama pusat
urut. Pilihlah tempat urut yang
bertauliah dan berdaftar kerana itu lebih selamat dan sihat.
Urut Altenetif Rawatan Penyakit
Kebanyakan orang tidak percaya akan
kelebihan urut, banyak mengangap mengurut adalah sesuatu yang negetif dan tidak
memberi apa-apa kebaikan kepada mereka.
Tetapi orang yang berani mencuba berurut sahaja yang boleh mengetahui khasiat
urut yang sebenarnya. Urut mempunyai
berbagai kebaikan kepada sistem badan kita.
Dari segi zahirnya urut berperanan sebagai rawatan altenetif
berbagai-bagai penyakit tetepi bergantung kepada cepat dan lambat tindak balas
sistem badan kita.
Penjagaan Kesihatan Lebih Baik
Semua orang tidak dapat mengelak dari terkena
penyakit kecuali jika mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Kadang-kadang kita
lupa dan lalai dalam menjaga kesihatan kerana faktor kesibukan seharia. Keadaan ini membataskan untuk kita bersenam,
menjaga pemakan dan rehat yang cukup.
Stres atau tekanan sama ada disebabkan keadaan sekitar atau kerja yang
banyak adalah salah satu faktor mengundang penyakit terutama meraka yang
tinggal di bandar. Ada di antara setengah orang tidak menghiraukan
kesihatan dirinya sehingga mengidap penyakit yang teruk dan susah diubati. Penjagaan atau pengurusan kesihatan yang
berterusan adalah yang lebih baik kerana penyakit tidak mengira usia dan
keturunan. “Mencegah lebih baik dari
mengubati”.
Fungsi-Fungsi Dan Sumbangan Urut Kepada
Kesihatan
Tidak semua orang tahu dan sedar akan
sumbangan urut kepada kesihatan.
Walaupun urut mempunyai sumbangan yang kecil dalam merawat penyakit ia
juga berguna pada peringkat awal dan rawatan sampingan yang membantu meredakan
kesakitan. Setelah seseorang mengalami
kesakitan apabila diurut urat-urat saraf yang tegang akan menjadi kendur. Ini akan memberi kebaikan kepada perjalanan
darah dalam badan. Apabila peredaran
darah menjadi lancar, setiap sistem
badan akan berfungsi semula kerana mendapat bekalan darah yang baik dan tidak
terganggu. Darah penting kerana ia
membawa bekalan makanan yang diperlukan oleh setiap badan dan setiap sistem di
dalam badan kita berkaitan antara satu dengan lain. Setiap sistem adalah penting kerana mempunyai
fungsi masing-masing. Apabila salah satu
sistem terganggu ia boleh menyebabkan masalah pergerakan badan. Oleh itu urut boleh membantu memecahkan toksin
dalam darah yang boleh menganggu peredaran darah. Kebanyakan penyakit adalah
berpunca dari pemakanan yang berlebihan tanpa mengamalkan diet yang betul dan
kurang bersenam.
Kesan Baik Yang Segera
Merasa letih dan dahaga, ini berlaku kerana
perjalanan darah yang lancar umpama berlari dalam sepuluh meter.
Pernafasan menjadi lapang dan tidak
tersekat kerana urutan telah membuka rongga-rongga udara dalam badan ( anda
akan sendawa dan terkentut ).
Tekanan jantung anda menjadi stabil
Meningkatkan selera makan bagi yang
kurus.
Kesan Baik berterusan (tidak kurang sekali
sebulan dan berterusan)
Meningkatkan kekuatan metabolisma badan.
Awet muda melambatkan sel-sel pernuaan.
Menguatkan ingatan terutama bagi pelajar
Mengurangkan lemak dan toksin yang
berlebihan
Menguatkan otot-otot dan saraf
Melancarkan pergerakan badan dan mengelakkan
menjadi malas dan letih
Mengelak menjadi cepat rabun dan kurang
pedengaran

Tiada ulasan:
Catat Ulasan