SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGGI BLOG AMADLINA REFLEKSIOLOGI & TRADING

Jumaat, 21 Oktober 2016


Urut
Urut ialah menekan atau mengosok bahagian urat saraf badan bertujuan untuk melancarkan atau membetulkan perjalanan darah dan memecahkan angin atau lemak yang menyebabkan kesakitan atau ketidak selesaan pergerakan badan seseorang.  Urut mempunai berbagai-bagai cara dan teknik yang tersendiri.  Antaranya teknik urut kampong, Uraut Thai,  ….. 
Urut boleh dibelajar dengan pakar-pakar urut yang berpengalaman atau bertauliah.  Sesetengah berpendapat urut boleh dipelajari secara kebetulan sama ada dalam mimpi atau diwarisi dari sesebuah keturunan seperti bapak kepada anak atau datuk kepada cucu.


Urut Refleki (Refleksiologi)
Menakan atau mengosok titik-titik safah yang berada di bahagian kaki sama ada mengunakan tangan atau kayu dan tanduk yang bulat.


Sejarah Urut
Tiada sesuatu bukti yang tepat mengenai asal usul urut bermula.  Tetapi sejak beratus tahun dahulu urut telah menjadi sebahagian aktiviti masa lapang masyarakat kita.  Pada masa dahulu masyarakat percaya urut dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angan seperti terseliuh, patah, orang yang lepas bersalin, orang yang susah mengandung, masalah kelakian, angin pasang, kembung perut dan berbagai-bagai lagi.


Pilih Tempat Urut Yang Betul
Semakin hari semakin banyak kita lihat tempat urut yang tumbuh bagaikan cendawan.  Dulu kita kena pergi dikampung untuk mendapat perkhidmatan urut yang terpaksa melalui perjalanan yang jauh kadang-kadang sesat kerana alamat yang kurang tepat dan sudah sampai kena tungu pula kerana ramai pesakit yang datang.  Di zaman sekarang berlainan pula, di kampong tukang urut dah semakin berkurangan dan ramai yang datang kebandar untuk mendapat perkhidmatan urut.  Sekarang berbagai-bagai tempat urut ada yang di tepi-tepi jalan dan kedai-kedai yang bertaraf pusat spar yang mewah.  Tetapi kita kena berhati-hati ada setengah tempat menawarkan perkhidmatan pelacuran yang berselindung atas nama pusat urut.  Pilihlah tempat urut yang bertauliah dan berdaftar kerana itu lebih selamat dan sihat.


Urut Altenetif Rawatan Penyakit
Kebanyakan orang tidak percaya akan kelebihan urut, banyak mengangap mengurut adalah sesuatu yang negetif dan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mereka.  Tetapi orang yang berani mencuba berurut sahaja yang boleh mengetahui khasiat urut yang sebenarnya.  Urut mempunyai berbagai kebaikan kepada sistem badan kita.  Dari segi zahirnya urut berperanan sebagai rawatan altenetif berbagai-bagai penyakit tetepi bergantung kepada cepat dan lambat tindak balas sistem badan kita.

Penjagaan Kesihatan Lebih Baik
 Semua orang tidak dapat mengelak dari terkena penyakit kecuali jika mengamalkan gaya hidup yang sihat.  Kadang-kadang kita lupa dan lalai dalam menjaga kesihatan kerana faktor kesibukan seharia.  Keadaan ini membataskan untuk kita bersenam, menjaga pemakan dan rehat yang cukup.  Stres atau tekanan sama ada disebabkan keadaan sekitar atau kerja yang banyak adalah salah satu faktor mengundang penyakit terutama meraka yang tinggal di bandar.  Ada di antara setengah orang tidak menghiraukan kesihatan dirinya sehingga mengidap penyakit yang teruk dan susah diubati.  Penjagaan atau pengurusan kesihatan yang berterusan adalah yang lebih baik kerana penyakit tidak mengira usia dan keturunan.  “Mencegah lebih baik dari mengubati”.


Fungsi-Fungsi Dan Sumbangan Urut Kepada Kesihatan
Tidak semua orang tahu dan sedar akan sumbangan urut kepada kesihatan.  Walaupun urut mempunyai sumbangan yang kecil dalam merawat penyakit ia juga berguna pada peringkat awal dan rawatan sampingan yang membantu meredakan kesakitan.  Setelah seseorang mengalami kesakitan apabila diurut urat-urat saraf yang tegang akan menjadi kendur.  Ini akan memberi kebaikan kepada perjalanan darah dalam badan.  Apabila peredaran darah menjadi lancar,  setiap sistem badan akan berfungsi semula kerana mendapat bekalan darah yang baik dan tidak terganggu.  Darah penting kerana ia membawa bekalan makanan yang diperlukan oleh setiap badan dan setiap sistem di dalam badan kita berkaitan antara satu dengan lain.  Setiap sistem adalah penting kerana mempunyai fungsi masing-masing.  Apabila salah satu sistem terganggu ia boleh menyebabkan masalah pergerakan badan.  Oleh itu urut boleh membantu memecahkan toksin dalam darah yang boleh menganggu peredaran darah. Kebanyakan penyakit adalah berpunca dari pemakanan yang berlebihan tanpa mengamalkan diet yang betul dan kurang bersenam. 


Kesan Baik Yang Segera
Merasa letih dan dahaga, ini berlaku kerana perjalanan darah yang lancar umpama berlari dalam sepuluh meter. 
Pernafasan menjadi lapang dan tidak tersekat kerana urutan telah membuka rongga-rongga udara dalam badan ( anda akan sendawa dan terkentut ). 
Tekanan jantung anda menjadi stabil
Meningkatkan selera makan bagi yang kurus. 


Kesan Baik berterusan (tidak kurang sekali sebulan dan berterusan)
Meningkatkan kekuatan metabolisma badan.
Awet muda melambatkan sel-sel pernuaan.
Menguatkan ingatan terutama bagi pelajar
Mengurangkan lemak dan toksin yang berlebihan
Menguatkan otot-otot dan saraf
Melancarkan pergerakan badan dan mengelakkan menjadi malas dan letih
Mengelak menjadi cepat rabun dan kurang pedengaran



Selasa, 18 Oktober 2016

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGGI BLOG KAMI.


AMADLINA REFLEKSIOLOGI & TRADING


PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
TUKANG URUT LELAKI 

* REFLEKSIOLOGI
RM40.00 (40 minit)

* URUT SELURUH BADAN
rm50.00 - rm60.00 (1 jam)


*URUT BELAKANG, KEPALA BAHU + BELIKAT
RM30.00 (30 minit)

*PAKAJ A
URUT SELURUH BADAN + REFLEKSIOLOGI
RM80 (1 JAM + 30 MINIT)

*PAKAJ B
REFLEKSIOLOGI + URUT BADAN
RM70 (30 MINIT +30 MINIT)

___________________________

NO.3 FASA 3A, LORONG 22-28
TAMAN SAMARINDAH
JALAN DATUK MOHD MUSA
KOTA SAMARAHAN

WAKTU BEROPERASI
ISNIN - AHAD
10.00AM - 10.00PM

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
TUKANG URUT LELAKI SAHAJA